Thursday, August 27, 2009

: : kagum dengan ciptaan allah swt : :

hampir trlupa aku nak berkongsi dgn kalian pasal benda menarik yg aku dpt tgk melalui email je lah. aku tringat pon pasal tgk kt blog si chaki nih.

mcm tak prcaya masa budak opis aku bg email, rupanye brlaku kt tmpat keje aku, dekat ajo ngan tmpat keje den, prcayalahhhhhhh.....cuma masa kejadian nih brlaku minggu lepas aku tadop kt ramunia, aku mcm biaso lah..kek JB sano...

apapon, cuci mato jap utk korg sama2 tgk ikan yg besaq nih yg dijumpai laut sg,rengit, Teluk Ramunia,JB.



Monday, August 24, 2009

: : lastmenet : :

thanks to Freda ngan anis sbb order kek cekelat moist nih. Hope korg suka yek :)
kek-kek nih ditempah jumaat lepas dan sabtu lepas..1st day puasa aku kt dapur bz buat ni..hehehe....


KEK UTK FREDA YG MENGIDAM-PREGNANT



KEK UTK ANIS NAK BAWAK BALIK UTK MAK MERTUA




: : heppy ramadan to everyOne : :

salam, gewd day :)

masih blom trlmbat aku nak ucapkan slamat berpuasa pada smua umat islam trutama skali blogger2 yg pernah singgah ke blog aku.

sblom tuh aku nak mntak mahap kalo ada bahasa2 trkasar spanjang bertukar2 cerita dgn korang. smuga tahun nih, kita dapat berpuasa dan menjalani ibadah dengan ikhlas, dan sempurna.


Thursday, August 20, 2009

: : suka tapi takot : :

benonye aku dapat tempahan buat kek cekelat.... buat masa nih 4 biji ditempah 0leh budak opis aku, dier nak bawak balik singapore raya nnt.. malam nih aku kene buat sebiji utk mak buyung, freda yg mengidam dan sahur nanti aku akan buat lagik sebijik yg ditempah oleh kawan aku, Anis utk bawak balik Tangkak berbuka ngan famili mertua

minggu lepas aku x dapat nak buat kek yg ditempah oleh Ekin sbb aku kene pegi KL lastmenet. mntak mahap sgt2 kin. aku suke buat kek nih tapi aku tgh pk masa aku nih, seryes mmg aku trkejar2 sbb nak buat benda alah nih, aku brtrima kasih lah pada member2 aku nih yg dorg rasa mula2 kek cekelat moist nih masa BBQ bulan lepas, pastuh dorg sakan nak order, dorg cakap sedap giler. ntahlah. aku cam takut plak biler org dah stat order nih. aku rasa mcm x mampu plak buat. tapi aku suka. aduhai... pening pale den.

apapon aku cuba yg trbaik sbb dapat sokongan padu dan mantap dr member2 dan laki aku. ermm..wish me luck je lah.. HAHAHA

: : kartu kredit : :

lagik skit jek nak abis. smalam berjaya gak bayaq minimum payment yg beribu tuh. huh!! maybank kedit kad nih aku lmbat bayaq dah kejar aku mcm ah long siak. tobat, mak!!

Friday, August 7, 2009

: : babi beratur : :

malam ni acara gilang gemilang babi-beratur akan brlangsung. sapa makan tak abis mmg kene rembat n baling selipar ngan aku. hahhah

Wednesday, August 5, 2009

: : surat buat RAI : :

Rai,
apa khabar kau di sana? aku harap kau dapat berehat dan tido dengan puas ye. dah lama rasanya kau tersiksa dr segi batin dan zahir.

Rai,
dari ujung rambut sampai ujung kaki aku memohon kemaafan buat kau. aku menyesal yang teramat sangat. aku benci dengan cara aku yg terlalu sibuk sampai tak membalas msg kau, dan tak menelefon kau smula, walhal waktu tuh kau ingin meluahkan sesuatu pd aku. aku tak tau kenapa aku berat sangat nak call kau maupun msg kau.

Rai,
saat mama bagi tau aku yg suami ko telah kembali ke pangkuan illahi pada 17-07-2009, aku lgsong tader ucap takziah pada kau. kenapa rai? sebab aku gembira. maaf kedengaran aku agak kejam kan?? tapi kejam lagi dier lakukan pada kau selama 2 tahun. aku trsenyum saat menerima kematian dia sbb aku nak kau idup gembira dan dapat mulakan idup baru. aku taknak lagi dengar dier pukul kau, pijak kau, tumbuk kau, sampai kaki kau patah, tapi kau masih tidak menyimpan dendam walaupun sekuman pada dia sebab dier Suami kau. ketaatan kau dan sayangnye kau pada dia berakhir dengan tragedi yang aku takkan dapat lupakan sampai bila-bila.

Rai,
maafkan aku waktu suami kau meninggal aku tak menelefon kau, niat di hati tak nak ganggu kau, aku nak kau tenang, sbb mama bagi tau suami kau diheret kereta sejauh-jauhnye sampai kereta tuh tak bleh bergerak lagi. badan suami kau hancur. semuanya berlaku di depan mata kau. aku tak tau rai....sumpah aku tak tau... aku ingt ko tader di tempat kejadian. sbb tuh kau trauma, kecewa, dan merana. kenapa kau tak kuat rai?? kenapa kau lemah rai?? kenapa kau tak makan lgsung dan x minum lgsung selepas laki ko pergi??kalaulah aku tau kau merana sedemikian rupa, aku lah orang pertama yg selalu bagik ko semangat dan sokongan, aku lah orang pertama yg selalu membebel kat kau setiap kali ko mengadu di pukul, dipijak...di baling kerusi dengan laki kau. aku akui rai aku benci sangat dengan laki kau. die bukan suami tapi binatang yang tiada hati dan perasaan. tapi kau tetap hormat dan sanjung dier. ya allah, smuga kau tenang berjalan masuk ke syurga rai, mungkin ada laluan utk ko di sana.

Rai,
29-07-2009 aku gelisah duduk di rumah lepas penat dr kerja, dua hari sblom tuh gigi susu aku patah separuh, last aku patah gigi masa kecik-kecik dulu. dalam hati ada sedikit gelisah. biasanye org cakap gigi patah ada petanda buruk. aku pendamkan perasaan takot nih sbb tak nak pk yg bukan-bukan. tak sangka aku rupanye petanda yg aku kehilangan kau utk selama-lamanye. kenapa kau pergi rai??? kenapa kau pergi tanpa sempat ceritakan kt aku apa yang ko nak ceritakan tempoh hari??? salah aku kan rai...mmg aku salahkan diri aku...pukul 9 malam mama bg tau aku kau telah tiada di bumi Allah swt. gelap kejap dunia aku rai. kau lah satu-satunye akak sedara aku yg terlalu rapat dengan aku, susah senang kau, kau selalu kongsi bersama aku, susah aku plak kau selalu tolong. Memang aku dan orang keliling tak nafikan kau seorang yang sangat-sangat pemurah. apa shj yg aku pegang, yang aku cakap cantik, mesti ko suh aku amik tanpa perlu aku mmbayarnye smula. ya allah, ampunkan lah dosa akak sedara ku ini ya allah.

Rai,
kami sekeluarga bertolak terus ke melaka malam 29-07-09 tuh jugak, aku menangis sepanjang masa dalam kete, aku tringat last call kita dalam bulan 6 masa tuh kau berada di kerusi roda, patah kaki akibat dipijak dan dibaling kerusi dengan laki kau, masa tuh kau heppy sebab berjaya lari balik umah mak kau. tapi x smpai sminggu ko berada di umah mak kau, tiba-tiba jek ko ikut smula laki ko, cemana ko bleh ikut? hanya Allah swt sahaja yg Maha Mengetahui. yg aku tau dr ustaz kt area umah kau, laki kau selama nih guna-gunakan kau dengan bomoh orang asli, nauzubillah rai... kesiannye kau rai...Masa dah ikut laki kau smula, aku call kau, aku tak puas hati. tapi kau dengan lembut mengatakan laki kau dah berubah sbb laki ko adiahkan kau sebuah kedai SPA/Facial. aku buat-buat gembira rai. walhal aku x suka. kau sempat bg tau aku yang kau tak nak ikut laki kau pergi London sebab nak jumpa aku dan duduk di umah baru aku. kau cakap ini lah peluang utk kau lari dan jumpa aku. sayangnya itu semua hanya tinggal kenangan

Rai,
seharian rai aku menunggu jenazah kau, aku rindu wajah kau, aku nak sangat-sangat tatap wajah terakhir kau, jiran sebelah umah kau bg tau, masa tgk jenazah kau kt spital, kau seolah-olah tidur yg amat lena. yer rai, aku tau kau terlalu penat menghadapi kesengsaraan dan penderitaan selama nih. fuck HKL sbb pandai-pandai suh bawak jenazah kau dr Melaka ke HKL atas alasan suspect H1N1, biler dah bedah sana sini, punca kematian dalam report HKL cuma tulis "Still Investigation" fakap btol. buat keje mcm taik. pukul 5.30 petang jenzah kau selamat tiba di rumah mak kau. aku sengaja duduk dibarisan hadapan dengan harapan dapat menatap wajah kau dan ingin skali aku mengucup dahi kau utk kali yang terakhir rai. tapi harapan aku musnah bila pihak HKL memasukkan mayat kau di dalam plastik berzip yg tidak nampak lgsung susuk tubuh dan wajah kau dr luar. kenapa dorg buat kau mcm nih??? aku bengang sangat2 walhal kau bukan kene H1N1, kenapa mesti bungkus mayat kau mcm nih?? argh...aku kecewa rai tak dapat tgk kau.

Rai,
aku tak henti-henti sedekahkan kau yassin dan al-fatihah sewaktu jenazah kau betul-betul baring dihadapan aku. selesai smua solat jenazah, aku iringi pemergian kau ke tanah perkuburan. sewaktu jenazah kau di angkat utk diturunkan ke liang lahad,kau tau tak siapa salah sorang yg angkat jenazah kau?ex husband kau rai Sham, smuga pertolongan Sham kali nih dapat menebus silap dier yg waktu dahulu juga kaki pukul trhadap kau. Sham turut masuk ke liang lahad,kambuskan tanah,aku senyum dalam pahit rai,sbb tringat dulu waktu dier pukul kau. apapon itu urusan dier dgn Allah swt. air mata semakin laju sewaktu doa dan talkin dan brtambah sayu melihat Aiman satu-satunye anak lelaki kau sibuk menanam sebatng pokok bunga kemboja kuning di tepi nisan kau, biler aku tanye dier "mama mana aiman?" dier cuma jawab "mama tido bawah sana tuh" ternyata dier belom mengerti rai. blom mengerti apa itu erti kehilangan.

Rai,
utk ke sratus kalinya aku mntak mahap kat kau rai sbb tak sempat call kau waktu kau memerlukan aku, maafkan aku rai....aku tak sangka begitu mudah kau meninggalkan kami dan sayang dan kasihnya kau pada suami kau, sampai mati kau ikut dia rai....aku harap kau bahagia di sana rai, hari nih baru aku ada kekuatan utk meluahkan isi hati ini kepada kau walaupun kau telah tiada. damailah kau di sana rai, tidurlah dan rehatlah sepuas-puas hatimu rai. mudah-mudahan laluan utk kau ke syurga sntiasa trbuka utk insan yang lemah dan teraniaya seperti kau. walaupun kau telah tiada di sisi aku lagi rai, aku akan sentiasa menghadiahkan kau dengan doa-doa agar ko sntiasa tersenyum jauh di sana.