Tuesday, December 30, 2008

: : Kisah minggu lalu : :

tiada yg menarik dapat aku kongsikan utk entry nih. yg pasti semuanya menceritakan mengenai kesakitan dan keperitan. adeh.

Entry lalu aku bg tahu yg telinga aku sakit yg amat. mcm2 tekaan bermain kt kepala. taik telinga keraslah, binatang masuk secara haram lah. semuanya salah sama skali. kalian dan aku tertipu dengan kesakitan aku tuh.

yang sebenar-benarnya dan kenyataan yg harus aku terima rupanya lepas scan kt middle ear aku iaitu di telinga bhg kiri aku ada ketumbuhan yg dah besarnye 35%. oh, sungguh kecewa dgn berita nih.

ketumbuhan nih makin besar. kesannye sebelah kepala kiri aku sakit bagai ditikam2 dengan pisau rambo. hari2 mata belah kiri aku akan meleleh2 air mata. ops,bukan nangis okay.

tapi otomatik air akan melimpah ruah kuar dr mata kiri aku. maybe tak tahan menanggung kesakitan yg amat dr telinga dan kepala bhg kiri. oh, sangat seram. hebatkan sakit nih?

ada hikmat semua nih. ayat utk sedapkan hati dan tabahkan aku. :)

hospital pakar amik jalan mudah dengan potong bhg tengkorak yg berhampiran ngan telinga kiri utk mengeluarkan ketumbuhan tuh, tapi confirmation dr doktor yg tumor tuh akan tumbuh lagi. kenyataan itu sangatlah mendukacitakan aku.

so keputusan nekad aku amik dengan berubat menggunakan ubat homeopathy iaitu salah satu kaedah tradisional. kalo zaman dulu2 yg kita pernah nampak ubat homeopathy nih ubat nye berbentuk bulat2,kecik mcm sagu tuh, atau lebeh kuwang mcm besar tahik lalat aku lah. tapi itu 20 tahun yg lalu.

zaman dah berubah skang, begitu juga dengan teknologi pada masa kini. so ubat homeopathy skang sudah bertukar kepada bentuk cecair. rasa mcm air mineral. kalo sapa2 yg 1st time minum pasti akan ragu2 dalam hati samaada berkesan ke ubat nih.

okay. sblom masuk hospital homeopathy nih aku bertanya pada anak doktor tuh yg merupakan assistant aku kt opis.

" laila, kenapa ye ramai orang tak percaya ubat homeopathy nih"?

then dier jawab " sebab ramai tak mencuba,thats why dorg tak percaya, yang percaya hanyalah orang yg dah ada pengalaman mencuba kaedah rawatan homeopathy nih"

erm,okay. aku tawakal dalam hati cakap aku nak baik seperti sediakala. so aku pon memasukkan diri ke dalam ward selama seminggu. selama seminggu di sana,apa yg aku alami alhamdulilah,benar2 mujarab dengan izin allah swt, baru dua hari masuk sana kepala aku dan telinga aku langsung tiada kesakitan,bisa dan keperitan yg sbelum nih aku lalui hari-hari tanpa mengenal erti minit dan jam.

aku agak pelik dan konpius gak masa tuh. tapi berkali2 mengucapkan syukur ke hadrat illahi dalam hati. ketumbuhan dalam telinga aku pon sedang dalam proses mengecut. buat masa nih sudah tinggal 25%. insyaAllah doktor cakap utk hilangkan tros kena 0%,baru ketumbuhan nih takkan tumbuh lagi sampai bila2.

utk pengetahun korang dan aku yg baru tahu, homeopathy nih kaedah rawatan nye adalah menghilangkan akar sesuatu penyakit tuh,then ubat yg dimasukkan tuh menguatkan antibodi dalam badan kita sekaligus menolak teros penyakit2 lain yg cuba utk masuk dalam badan kita. apabila akar sesuatu penyakit tuh hilang,ini bermakna penyakit yg anda alami tuh insyaAllah tak akan berulang kembali. dan rawatan ini jugak akan menghilangkan dahulu kesakitan yg dialami oleh setiap pesakit,selepas itu barulah rawatan secara dalaman akan bermula secara berperingkat.

ya,itulah yg aku alami di sini. kesakitan di kepala dan telinga hilang dengan otomatiknya selama tempoh 2-3 hari di hospital sehinggalah sekarang dengan izin allah swt. cuma skarang walaupon dah kuar dr hospital aku masih meneruskan kehidupan dengan hari2 ke klinik homeopathy utk ambik darah,scan dan beli ubat dr semasa ke semasa utk memastikan ketumbuhan ini akan beransur hilang, mudah2an.

so sapa2 yg begitu ragu2 akan kaedah rawatan tradisional nih,aku cadangkan agar korang buka skit minda korang tuh untuk pandang dengan lebih jauh ke hadapan. buangkan lah cara pemikiran dalam diri kita dengan beranggapan hospital swasta seperti pakar sahaja yg mampu mengubati setiap penyakit. apapon semuanya bergantung dengan keizinan dr Allah swt, DIA yg menentukan setiap titik perkara yg berlaku dalam diri kita. cuma kita je lah sebagai hambanya nak kena bersabar dan tabah dengan ujian yg mendatang.

1 comments:

mimi momo kodomo lion said...

boleh kurus x? he he he he