Tuesday, December 30, 2008

: : Pengharapan INDAH : :

ini adalah ENTRY aku yang terakhir atau penutup utk tahun 2008.

terima kasih pada sapa2 yg slalu singgah di sini, biarpun tidak memberikan comment tapi aku tetap menghargai penat lelah jari anda menekan alamat blog ini. pada sesiapa yg pernah berkomentar di setiap sudut entry aku, trimas aku ucapkan atas keikhlasan hati anda. tiada yg menarik pada entry-entry yg lepas pada tahun 2008 ini. hanyalah berkisar kehidupan seharian penulis, penat lelah penulis tentang cabaran dan dugaan yg dia lalui.

kebanyakannye lebih terjerumus kepada arah kesedihan pada tahun 2008. itu bukan yang penulis idamkan atau inginkan.

semuanya sudah tertulis dan diaturkan oleh DIA di atas sana. penulis cuma mampu menghadapinya dengan hati yg tabah. merungut?

Ada sesapa yang tidak pernah merungut mengenai hal kehidupan seharian anda? sila angkat kaki kanan anda,jika tidak boleh angkat, sila abaikan permintaan bodoh aku pada petang ini. haha.

Okay,aku yg bergelar manusia sangat2 mengharapkan smuga pada tahun 2009 nih akan membawa sinar yg baru buat aku dan juga hubby. tahun 2008 bulan Nov juga merupakan tahun dimana aku sudah tidak bergelar si anak dara lagi. ya, sudah berkahwin sama si dia.

alhamdulilah, itu perkataan pertama yang keluar dr mulut kami sewaktu lepas akad nikah. 8 tahun kami sama2 harungi susah dan senang. tak sangka jodoh kami begitu kuat sehingga tuhan bagik kami ruang dan peluang utk melalui dan merasai kehidupan sebagai suami isteri yg sah dan halal.

aku rasa bukan aku sahaja yang mengidamkan kehidupan bersama si dia sampai bila2,aku yakin bangat korang pon pernah impikan benda2 nih smua kan, so pada sesiapa yang masih belum kesampaian lagi, jangan patah semangat, rezeki kalian tuh ada cuma belum sampai masanya lagi,insyaAllah kalo berusaha pasti ada hasilnya :)

apa yang berlaku dan tertulis stiap perjalan pada tahun 2008 nih, samaada kegembiraan,kesedihan malah kedukaan semuanya aku jadikan satu landasan dan juga pengalaman sebagai panduan buat diri aku utk tahun yg akan datang pada hari esok ini. smuga tiada lagi kisah-kisah lama berulang kembali pada tahun 2009 ini.

tanggungjawab dan status label diri pada masa kini sudah pon hampir sebulan lebih berada di kedua-dua belah bahu kiri dan kanan aku. jangan mengeluh atau merasakan ianya sesuatu yang membebankan.

pengorbanan paling besar yg aku hadapi waktu dan ketika ini utk hubby aku apabila aku sanggup ulang alik setiap hari pegi dan balik dari Pasir gudang ke Teluk Ramunia. bayangkan jam 5 pagi kalian sedang asyik menyedut air liur,sedang asyik memeluk si dia atau bantal busuk tapi aku sudah bangun utk mandi dan bersiap2 utk ke tmpat keje yg jauhnya memakan masa 2 jam.

jam 6 pagi aku akan pastikan aku bergerak tros dr umah ke teluk ramunia. biasanya aku akan sampai di opis tepat jam 7.40 pagi. drive seorang diri tatkala awan masih lagi gelap amatlah mencabar kewibawaan aku. lebih-lebih lagi bile mata sekejap-sekejap layu dan terpejam.
lewat petang pukul 5 lepas abis keja aku tros drive smula pulang ke pasir gudang dan sampai dalam pukul 7lebih.

memeritkan bukan?perjalanan yang bukan seploh minit,juga bukan setengah jam.

tapi ini lah kenyataan. ini lah pengorbanan yg aku kene lakukan. cuba utk meluangkan masa bersama dia dengan menguruskan pakaian dan makanan dia. mungkin aku bukanlah sehebat isteri2 lain yang sudah menyediakan segala makan minum suami apabila suami sudah pulang di rumah. aku tak mampu lakukan sedemikian rupa buat masa ini.

kerja dan jarak menjadi penghalang buat masa ini. tapi kami terima dengan hati yang terbuka

jangan tanya lebih mendalam kenapa aku masih mahu bekerja jarak jauh sebegini. satu ayat pendek yang aku bleh cetuskan utk kalian ialah ~KEWANGAN~. yes, siapa yang tak nak grab peluang kerja yang gaji lumayan bukan?so ini rezeki yg aku dapat dr tahun lepas.

~opss, aku bukan mata duitan ~

tapi ini lah realiti yang kita semua sedia maklum semua yg kita lakukan sekarang melibatkan duit dan duit. utk membuang sisa buangan kalian pon di tempat awam memrlukan duit bukan? lain lah kalo anda berak di tepi longkang. itu sudah lain tajuk.

argh,jam menunjukkan pukul 5.35 petang, aku kene balik utk menemui si dia terchenta. ahai. hehe.. apapon selamat tahun baru buat semua pembaca di blog aku. smuga segala impian dan apa jua yg kalian idamkan akan tercapai dan diberkati oleh Allah swt.

mohon maaf atas segala ayat-ayat aku yg jelek pada entry-entry aku yg lalu.

: : Kisah minggu lalu : :

tiada yg menarik dapat aku kongsikan utk entry nih. yg pasti semuanya menceritakan mengenai kesakitan dan keperitan. adeh.

Entry lalu aku bg tahu yg telinga aku sakit yg amat. mcm2 tekaan bermain kt kepala. taik telinga keraslah, binatang masuk secara haram lah. semuanya salah sama skali. kalian dan aku tertipu dengan kesakitan aku tuh.

yang sebenar-benarnya dan kenyataan yg harus aku terima rupanya lepas scan kt middle ear aku iaitu di telinga bhg kiri aku ada ketumbuhan yg dah besarnye 35%. oh, sungguh kecewa dgn berita nih.

ketumbuhan nih makin besar. kesannye sebelah kepala kiri aku sakit bagai ditikam2 dengan pisau rambo. hari2 mata belah kiri aku akan meleleh2 air mata. ops,bukan nangis okay.

tapi otomatik air akan melimpah ruah kuar dr mata kiri aku. maybe tak tahan menanggung kesakitan yg amat dr telinga dan kepala bhg kiri. oh, sangat seram. hebatkan sakit nih?

ada hikmat semua nih. ayat utk sedapkan hati dan tabahkan aku. :)

hospital pakar amik jalan mudah dengan potong bhg tengkorak yg berhampiran ngan telinga kiri utk mengeluarkan ketumbuhan tuh, tapi confirmation dr doktor yg tumor tuh akan tumbuh lagi. kenyataan itu sangatlah mendukacitakan aku.

so keputusan nekad aku amik dengan berubat menggunakan ubat homeopathy iaitu salah satu kaedah tradisional. kalo zaman dulu2 yg kita pernah nampak ubat homeopathy nih ubat nye berbentuk bulat2,kecik mcm sagu tuh, atau lebeh kuwang mcm besar tahik lalat aku lah. tapi itu 20 tahun yg lalu.

zaman dah berubah skang, begitu juga dengan teknologi pada masa kini. so ubat homeopathy skang sudah bertukar kepada bentuk cecair. rasa mcm air mineral. kalo sapa2 yg 1st time minum pasti akan ragu2 dalam hati samaada berkesan ke ubat nih.

okay. sblom masuk hospital homeopathy nih aku bertanya pada anak doktor tuh yg merupakan assistant aku kt opis.

" laila, kenapa ye ramai orang tak percaya ubat homeopathy nih"?

then dier jawab " sebab ramai tak mencuba,thats why dorg tak percaya, yang percaya hanyalah orang yg dah ada pengalaman mencuba kaedah rawatan homeopathy nih"

erm,okay. aku tawakal dalam hati cakap aku nak baik seperti sediakala. so aku pon memasukkan diri ke dalam ward selama seminggu. selama seminggu di sana,apa yg aku alami alhamdulilah,benar2 mujarab dengan izin allah swt, baru dua hari masuk sana kepala aku dan telinga aku langsung tiada kesakitan,bisa dan keperitan yg sbelum nih aku lalui hari-hari tanpa mengenal erti minit dan jam.

aku agak pelik dan konpius gak masa tuh. tapi berkali2 mengucapkan syukur ke hadrat illahi dalam hati. ketumbuhan dalam telinga aku pon sedang dalam proses mengecut. buat masa nih sudah tinggal 25%. insyaAllah doktor cakap utk hilangkan tros kena 0%,baru ketumbuhan nih takkan tumbuh lagi sampai bila2.

utk pengetahun korang dan aku yg baru tahu, homeopathy nih kaedah rawatan nye adalah menghilangkan akar sesuatu penyakit tuh,then ubat yg dimasukkan tuh menguatkan antibodi dalam badan kita sekaligus menolak teros penyakit2 lain yg cuba utk masuk dalam badan kita. apabila akar sesuatu penyakit tuh hilang,ini bermakna penyakit yg anda alami tuh insyaAllah tak akan berulang kembali. dan rawatan ini jugak akan menghilangkan dahulu kesakitan yg dialami oleh setiap pesakit,selepas itu barulah rawatan secara dalaman akan bermula secara berperingkat.

ya,itulah yg aku alami di sini. kesakitan di kepala dan telinga hilang dengan otomatiknya selama tempoh 2-3 hari di hospital sehinggalah sekarang dengan izin allah swt. cuma skarang walaupon dah kuar dr hospital aku masih meneruskan kehidupan dengan hari2 ke klinik homeopathy utk ambik darah,scan dan beli ubat dr semasa ke semasa utk memastikan ketumbuhan ini akan beransur hilang, mudah2an.

so sapa2 yg begitu ragu2 akan kaedah rawatan tradisional nih,aku cadangkan agar korang buka skit minda korang tuh untuk pandang dengan lebih jauh ke hadapan. buangkan lah cara pemikiran dalam diri kita dengan beranggapan hospital swasta seperti pakar sahaja yg mampu mengubati setiap penyakit. apapon semuanya bergantung dengan keizinan dr Allah swt, DIA yg menentukan setiap titik perkara yg berlaku dalam diri kita. cuma kita je lah sebagai hambanya nak kena bersabar dan tabah dengan ujian yg mendatang.

Friday, December 19, 2008

: : hancurkan ia, aku penat : :

saya dalam kritikal situasi. <-----as per encik doktor said :(

doakan yg terbaik buat saya.

smuga panjang umur fhidah!!

selamat datang ubat, hospital dan encik doktor.

sesungguhnya, aku takut !!

Thursday, December 11, 2008

: : telinga aku masuk gajah,apa ko rasa : :

smalam aku MC hammer. shit. aku bangun seawal pukul 5 sebab aku tido pasir gudang,nak ke ramunia memakan masa dekat 2 jam. bangun-bangun jek telinga aku bisa x ingat. sakit bukan kepalang.

dier punye sakit sampai tgkap kt kepala aku. capai hp tros text kt melinda n laila bilang aku x dtg keje sbb nak g klinik.

lepas hubby g keje, aku ajak mama teman ke klinik penawar. ikutkan aku mmg tak suka nak g klinik2 nih. cam leceh jek kan. tapi sebab aku tak tahan sangat2. dier punye denyut tuh bleh buat aku nak penampar sapa2 yg tegur aku masa tuh kecuali mama aku lahh.. hehe

masa tgh drive ke klinik mcm2 dalam pale aku...

"aish,aku nak pekak sebelah ke"

"lipas masuk dalam telinga aku ke"

sampai klinik,lepak jap lepas daftar. biler nama panggil aku cepat2 masuk. doktor muda lah plak. cantik. dier check sambil masukkan sesuatu dalam telinga aku. mcm bentuk pensel tapi ada lampu suluh aku rasa. kalo tak celah mana dier nak nampak kan. suluh punye suluh dier cakap ada sumthing yg blocking kt telinga aku sampai dier tak nampak gegendang telinga aku. siot ah!

doktor cakap maybe binatang masuk atau tahik telinga mengeras.

adeh, aku merungut jek. tahik telinga keras dier cakap? cheit, mcm aku tapenah korek telinga plak kan. padahal dier tak tahu ke aku adalah manusia yg tak reti duduk diam kalo tak jumpe pengorek telinga.

lepas amik ubat smua aku anto mama g opis dier then aku msg hubby ajak dier kuar lunch. masa tunggu hubby kt depan mmhe tuh, aku makan ler ubat biji dulu. konon2 nak bagik tahan sakit. nak letak ubat titik yg doktor suh titik dalam telinga amat tak sesuai plak nak buat dalam kete..nnt kt umah baru buat argh. hubby gelak jek biler aku citer doktor cakap tahik telinga keras.

dier cakap "awak tapenah korek telinga ke"

alamak, dier nih ngan doktor betul2 menguji kesabaran aku lahhh..

lepas anto hubby ke tmpat keje dier,aku tros ke pasar. ntah apa punye degil bulih lagik nak memasak. padahal terngiang2 kt pale yg mama cakap lepas anto dier tros balik umah makan ubat tido,nnt mama masak. aish..

mmg degil kan anak kedua nih. haha

petang kul 5 hubby balik dgn along ngan adik aku. aku bg tahu dorg yg aku rasa tak dengar sebelah telinga aku nih. aku rasa mcm kt dalam gua biler dorg cakap ngan aku.

tapi yg mmbuatkan aku tertekan bila along cakap "best lah lepas nih ko dah leh parking kt tmpat org cacat kalo p Tesco dgn Jusco"

hubby pon dua kali lima. tader langsung rasa simpati kt aku. siap tambah ayat along aku " lepas nih dah bleh panggil awak OKU kan"

adik aku plak nasi tambah " aku simpati dgn nasib ko yg pekak sebelah telinga"

warghh,sadisnya aku rasa. sah lah dorg nih tader blajar ADAB masa kt skolah agama dulu. men cakap jek tanpa memikirkan perasaan aku. haha. huh~

pagi nih aku nekad jek pegi keje. mama asyik cakap risau sebab aku drive dgn keadaan telinga dan kepala yg bisa giler. aku buat2 kewl jek pagi td kunun2 mcm kuat lah. haha

hubby plak masa anto kt kete beria2 suh aku MC lagik. aish, dier nih suka buat aku bertanduk lagik. haha.

wargh, masa type nih pon telinga aku denyut2 lagik. kepala lagik lah tak hingat bisa. apapon aku nak makan karipap dulu. sakit2 jugak. makan2 jugak. haha.

Monday, December 8, 2008

: : tangan mula bermain senduk : :

sronok biler sabtu minggu kedua dan keempat datang. mcm makcik menang motor plak rasa gembira di hati.
cuma waktu cuti nih lah aku ambil peluang utk luangkan masa bersama hubby. mmg betul2 rindu ngan dier. biler bangun pagi sabtu tuh rasa cam malas giler nak bangun. macam nak baring ngan hubby sampai petng..tapi tanggungjawab perlu diteruskan. kalo tak, aku akan digelar pmpuan pemalas, bontot berat, keje nak membuta jek, hai dah gatal sgt nak berlaki biler dah berlaki pemalas plak.

huh!~

utk tidak di gelar gelaran2 manja seperti yg tersenarai itu,aku memulakan langkah bangun seawal pagi utk membuat sarapan. tiada yg lebih istimewa dr membuat cucur udang utk suami terchenta, che wah.. hahah
dier duk syok tido dalam bilik,aku pon duk syok menggoreng cucur udang. sambil goreng sambil ngap.

memang asyik bukan?!~ haha

lepas hubby bekpes,dier tros ke pelangi utk medical check up smua. kelakar biler hubby cakap nih lah kali pertama dier buat medical checkup. dier tapenah amik darah. dier tapenah x-ray smua. dier dok risau kalo ada mcm2 penyakit.

aku mencebik. dalam hati berkata,sapa suh berasap jek cam naga.

lepas kemas umah mertua, aku memulakan langkah lagi sekali utk masak tghri. nasib bek ada lauk dalam peti ais. aku basuh dan rebus daging tetel selama 3 jam. oh,daging tetel sangat bukan feveret aku,sebab aku agak geli geleman dgn daging nye yg sungguh lembik2 itu. oleh kerana daging tetel merupakan feveret hubby, aku berkorban jua masak even tak suka.

aku rendam 3 jam sebab aku nak daging dier btul2 lembut. dan tidak menyusahkan sapa2 utk mengunyahnye terutama skali golongan veteran iaitu mak mertua. hehe

hubby msg suh siap2 nak makan kat restoran pak ali,tmn U. alamak, mcm aku tak reti masak plak, ahaiiii....aku reply cakap tgh rebus daging tetel. nak masak daging tetel letak telur rebus masak kurma. tros dier tajadik ajak makan luar.

settle masak smua,kami makan bersama2. hubby duk cakap sedap berulang kali,alamak dier nih tak sedar ke yg idung ngan buntut aku dah kembang kuncup.

hahaha

aku pon tak tau lah sedap ke tak. masa aku jamah mcm sedap. ntahlah. kot2 hubby saja nak jaga hati aku ke..hehe.. tapi mmg satu kepuasan sangat2 bile dapat masakkan sesuatu utk hubby,dan makan bersama2. tak kira lah sedap ke tak,janji sejauh mana jarak kami,aku tetap carik masa utk jalankan t.jawab aku sbg isteri. smuga benda nih berterusan sampai biler2.. bukan semangat yer-yer kelapa baru-baru kawen je...

cheit poraah.. jgn beria yer pidahh oiii...

~rinddunye saya pada awak,sminggu skali baru dapat jumpe,baru dapat ehem ehem kan hahaha, eh all the best yer utk awak yg baru stat keje baru kt MMHE Sdn Bhd hari nih, smuga murah rezeki awak dan saya,amin ~

nih lah daging tetel telur rebus masak kurma


Thursday, November 27, 2008

: : Oh,ThanksGivingDay : :

hari nih 27hb Nov 2008 ghupanye ThanksgivingDay. sumpah aku tatahu. sangat tidak mengikuti perkembangan kan? argh, who care?

mana taknye, mat salih smua kt opis ari nih sangatlah sibuk nak beli ayam turkey,pumpkin,corn,beans. aku ingt nak buat mende, ghupanye dorg nak masak2 malam nih utk celebrate. oh, driver kami dr pagi dok tensen mana lah nak carik ayam turkey. dah lah kami nih duduk di kawasan pendalaman yang sangat tidak maju. heheh.. pokok krismas jugak dorg suh driver carik sampai dapat. oh, mana celah nak carik.

kesian cik rafie, sabar yek cik rafie.

aku suh cik rafie nnt try ke cold storage pelangi JB. maybe ada jual ayam turkey tuh dan pokok krismas kat sana. sebab cold storage tuh mmg jual barang2 yg smuanye dr luar. so apa yg tader kt pasaraya lain,mmg boleh didapati di cold storage.

this week balik JB nanti aku nak try survey pokok-pokok kristmas yg comei2 utk bagik pada my boss Kent Underwood. amik ati nampak. hehe.

anyway, im not celebrate with u guys but just wanna to say u guys bring happiness to me in abundance. cheers :)

Wednesday, November 26, 2008

: : oh,penatnye jawab tapi gembira : :

oh,aku jadik buhsan biler hari-hari matsalih kt opis aku nih tanya benda yg sama kt aku. kalo sorg dua org bleh lagik layan. nih dekat spoloh org dok tanye aku.

nape aku pakai tudung.

lepas kawen memang kene pakai tudung ke

kenapa dr dulu tak pakai

oh, berilah aku kekuatan melayan pertanyaan dorg nih. satu persatu aku explen kt dorg. naseb bek dorg jenis pegi skolah. so dorg paham lah biler aku explen. smalam bos aku Kent Underwood bantai gelak biler lalu depan aku. puncanye sebab aku dok betuikan tudung depan cermin. mangkok tingkat btoi. dier gelak sambil geleng-geleng pale. eleh, lawak sangat ke? cheit

tapi brita gmbira yg aku rasa rezeki buat kami bile aku naik-naik keje jek bos aku Kent panggil aku masuk bilik dier. then dier say sorry lah pasal tak dpt dtg majlis aku. dier cakap dier p spore ngan wife dier. pahtuh dier cakap ler yg dier nak sponsored aku g honeymoon ngan hubby. tempat dan dimana aku bleh pilih dgn hubby. dier cuma sponsore jek 3 hari 2 malam. x kisah lah 3 hari 2 malam pon..dah org nak bayar kan semua..sapa tak nak kan.. aku buat-buat senyum sopan biler kent bg tahu masa tuh..pdahal dalam hati dah nak lompat2 bintang dah..hahaha.. Kent cakap x kisah biler2 masa yg aku nak pegi,biler dah decide nak pegi mana just let our secretary know then Melinda will booking tmpat yg aku choose tuh lah.. kekeke..

lepas kuar bilik Kent,tros msg hubby cepat2. hubby reply "yahoo!! jom matakin,karambunai,mabul"

yes,mmg aku dah agak itu jawapan dari dia. dari dulu kami memang teringin sangat2 nak pegi ke Karambunai Island, Mabul Island, Matakin. giler lah jernih. bulu kaki pon bleh nampak tau.

oh,tapi aku tak tahu biler waktu yg sesuai utk kami pegi. sebab hubby pon baru stat keje baru kat PTP, so aku rasa biar kami kumpul duit banyak2 then baru ke sana dalam January 2009 nnt. baru syok bukan?

assistant aku Laila tros bilang nak kawen jugak tahun depan sebab nnt Kent leh sponsor honeymoon..heheh.. cepat-cepat laila wooii...tahun depan bulan Oct project nih dah sailaway. oh,sedihnye. semua opismate akan pulang ke Perth tahun depan Oct. im gonna miss u guys :(

tapi aku dengar mereka ada project baru tahun depan lepas Oct di spore,aku nak cuba peluang ke sana if ada rezeki. :) oh, ini lah Karambunai Island tempat yg kami akan pergi tahun depan nnt,insyaAllah :)



: : Bebelan tanpa berhenti : :

naik-naik opis smua opismate tanye pasai honeymoon. aiseh. apa nak jawab eh. sebab kami tak tahu nak described yg kami pegi tuh bleh diklasifikasikan sbg honeymoon atau pon idak.

mana taknye. pegi lastmenet giler2. isnin tuh lepas majlis kami hari sabtu selesai semua yg bergelar sedara-mara dah selamat pulang ke tempat asal. ahli kluarga aku yg jumlah seramai 3 orang tuh masing2 dah naik keje. tinggal lah aku dan hubby kt umah berdua. takkan asyik nak menunjukkan kehebatan di dalam bilik jek spanjang masa. hahaha. gelak lah korg.

so esok selasa pagi tuh kami dah buhsan tahap penghujung. utk honeymoon kami mmg tak nak decide apa2 lagi masa tuh sebab memikirkan kewangan dan banyak lagi benda lain yg penting perlu di settlekan. ntah hubby tiba2 cakap "jom ke cherating!"

oh, aku pon angguk laju. tetibe rasa nyaman. sebab suke pegi ke negara kuantan darul makmur itu. kami kemas-kemas beg,call mama,call mak,call abang,call adik,bg tahu yg kami dah nak begerak ke kuantan. oh,camera,kami tiada lagi camera sndiri. oh,shidah penyelamat yg sntiasa disamping aku. yes, pegi opis shidah tros amik camera dier, walopon cameranye tidak sehebat DSLR seperti duda lama aku nye camera,alah its okay. janji camera shidah leh muat masuk pic aku n hubby nnt.hahahaha.

kami gerak ke kuantan dr JB dalam pukul 5 petang. singgah ke skudai umah mertua amik barang. so dalam pukul 6 kami sudah maju tros. sampai ke kuantan dalam pukul 11mlm. argh kami tros malas nak ke cherating malam tuh. mungkin kami berdua sama2 penakot nak melalui jalan-jalan balok,batu itam tuh smua dah tgh-tgh malam cam nih. hehe.. so mlm tuh lepak kt Hotel City View,no choice, hotel lain smua fully booked.

esok pagi lepas bekpes di hotel,kami tros check out dalam kul 12 tros ke cherating. on the way ke cherating aku cakap ngan hubby, yg aku dah pegi cherating nih dah banyak kali lah, tak terkira banyaknye. cam buhsan jek. adeh. then,hubby cakap okay Ganu kita lahh.. aku pon stuju tros sebab tapenah pegi trgganu lagi. yg paling penting mesti dan harus singgah ke Kemaman. nak bedal sata ngan kepok dier yg masyuk giler tuh. cam tanak bangun jek rasa masa tuh. asyik bedal jek tanpa noktah.

lepas solat zuhur di masjid area-area kemaman kami tros gerak ke trgganu. kami sampai di kuala trgganu dalam pukul 5 kalo x silap aku lah. dah lupa plak. sronok sangat2 spanjang perjalanan. sebab cuaca nyaman, keadaan sekeliling indah-indah belaka. hubby asyik membebel jek masa guna camera shidah. dier asyik cakap kalo ada DSLR kan behh.. aku diam buat-buat tahik telinga penuh sebakul dalam telinga. haha

aku tgk laut kt area ganu nih mmg menakutkan. mana taknye ombak dier mak ai..giler tinggi. so aku rasa sangat tak sesuai kalo kami nak berlari-lari anak kt area pantai.hujan tak benti2 spanjang kami di ganu. kami beli telur penyu. mahalnye. yg pesan ramai plak masa tuh. nak tak nak kene beli jugak. takkan nak bg tahu depa penyu tak jadik bertelur. kat pasar payang skit punye banyak ada jual. tapi nak mntak kurang sehengget pon tak dapek. cis. giler nye kedekut. beratus gak duit abih masa tuh dok beli sourveniour banyak2. kami lepak di ganu sampai hari jumaat. malam mmg tiada aktiviti di sana. sepanjang masa hujan. malam cuma aktiviti mencari air mangga gelas besar, mencari bundle dan bersenam di dalam bilik. ehem.ehem. hahaha

jumaat tghari kami tros pulang ke JB. percutian lastmenet yg tidak memenatkan sebab cuaca sangatlah nyaman. lgpon sabtu tuh ada kenduri doa slamat dan tahlil di rumah hubby. selasa plak aku dah naik keje. so nak tak nak.kene gak balik JB jumaat tuh. pic-pic blom ada lagik still dalam camera. sebab cable nye kt shidah. aku x smpat nak g jumpe shidah. so yg dpt aku letak dalam nih cuma camera by henpon hubby jek. masa nih pic aku blom bertudung lg kt resort di kuala trgganu :)

Monday, November 24, 2008

: : giler pon tak rasa cam nih : :

2 minggu aku cuti kawen. malas giler rasa nak naik keje. memang malas sangat2. tapi idup kene troskan...cuti-cuti jugak tapi kepala pk keje2 kt opis.

naik-naik opis,cam x caya tgk atas meja clean n clear. drawing2 smua tader.erkkk..bior betik..aku bukak laci..tgk bawah meja..semua celah aku check..mmg sah tadop.. cam x caya assistant aku leh buat smua keje2 aku...rupanye dier cakap sepanjang aku tadop drawing x banyak sangat dr spore dan perth. so utk mghilangkan rasa buhsan dier..dier buatkan smua keje2 aku..hihihih... asyiiikkkkk :)

10 jari utk anda laila. so biler naik2 keje tgk meja dah licin,aku cuma check smula keje2 yg laila buat.takot2 ada salah ke hape,sambil check sambil bukak fesbuk,frenster,mespes.

naik-naik keje jugak merupakan penampilan baru aku apabila dah bergelar isteri. ermm,sebenarnye dah lama si dia nak sangat2 aku pakai tudung dr dulu-dulu waktu kami berkawn,tapi aku blom bersedia dan tak terbuka lagik. aku pon tak nak lah masa tuh pakai tudung sebab dier,kalo bleh aku nak pakai tudung biar dr hati aku sndiri. at least biar kita benar2 ikhlas yg betul2 dr hati kita. tanpa paksaan dr sesape. ngerti ?

so,masa naik keje tuh aku drive dr skudai JB pukul 6 pagi ke ramunia sorang2. si dia dah tak keje lagik kt ramunia. dapat offer lagik bagus kt PTP Gelang Patah. alhamdulilah rezeki kawen :)

pagi masa aku nak siap2 tuh, banyak kali dier tanya aku,aku dah betul2 ke nak pakai tudung... aku angguk sambil senyum. aku tgk dier senyum lebar.

ohh no...im gonna be alone for this week kt ramunia...tak tahu lah cemana rasa berjauhan ngan dier..sangat buhsan... naik keje nih aku decided tak nak ada kawan rapat kt sini. serik dan serik. memang pemikiran budak2 kampung kt sini mcm sual kot.ntahlah susah aku nak cakap. yg lelakinye perangai okay,yg perempuan mcm tut. giler aku serik.depan cakap lain blakang cakap lain.so life aku lepas keje pukul 5 aku tros balik umah dan surf intenet dalam bilik sorang2. prtama kali dalam idup aku rasa buhsan sebab tader kawan. tp dlm situasi skang aku yg pilih dan aku rasa ianye berbaloi. aku heppy but at the same time aku rindu dgn kawan2 time blajar dulu kt kuantan. shit. sedih sangatlah.

this week biler lepas balik keje aku duk umah. aku x makan malam sebab buhsan sesorang. duk dalam bilik layan intenet. biler time nak tido bleh plak aku nak nangis. tetibe rasa sedih sebab berjauhan ngan dia. memang lain rasa bile dah kawin nih..kalo dulu time tunang ngan kawan, biler dier jauh aku lex-lex aje...tak kisah sangat. tp bila dah kawin nih,ermmm..susah nak cakap lah.sedih plak aku rasa. asyik teringat jek kt dia. oh,tabahkan hati ku..hehe

Nota- benonye aku tak reti pakai masa nak pakai tudung. apatahlagi yg berfesyen. memang aku tolak tepi fesyen2 tudung tuh buat masa nih. yg penting aku dah jalankan tanggungjawab aku.mudah2an mnjadi isteri yg solehah,amin. skang dosa-dosa aku di bahu suami aku,tak sanggup rasa nak bebankan dia :)

: : Hari ketiga bergelar isteri chewah : :

heheh.. susah nak gambarkan cemana punye suka dan bersyukur sangat2 biler dia betul2 jadi suami aku.. dekat 8 tahun kami kawan..tuhan je lah yg tahu cemana susah senang kami sama2..kalo nak ungkapkan kt sini sampai raya haji tahun depan pon tak sudah..

apa yg bleh aku cakap kt sini,sapa2 yg tgh berchenta dgn pasangan masing2 tuh,banyak2 sabar dan trus berusaha kalo anda rasa mmg dier jodoh anda cepat2 lah kawen.

sebab nikmat kawen nih ya allah..tak tahu aku nak habaq cemane...memang best sangat2..

hari ketiga bergelar isteri,kami still lg di pasir gudang..tader apa nak buat..ari isnin..semua kt umah dah naik keje..tinggal kami berdua jek... utk mghilangkan buhsan aku pon ajak si dia ke pasaraya berdekatan utk beli barang2 masak.
aish,hari nih saya cuma masak spagheti bebola daging berkuahkan daging cincang. si dia bedal 2 pinggan tros..hahah..enjoyyy :)

Thursday, November 20, 2008

: : Kelepak kelepung,ketepak ketepung : :

oh,panas kt luaq nih benonye

yok,masok dewan dehh

oh,tak sanggup ramainye manusia

kaber macho

oh,pelamin minamin :)
thanks akak fadzilah :)

yummylicious okay :)

wedding cupcakes

kete perantin
nota = pic-pic nih aku grab dr pojan rakan kenari,pic yg dr cameraman masih lagik dalam proses di KL :)

: : Alhamdulillah, dah sah dan halal :) : :

Pembatalan air semayang,oh terharunya :)

okay,skali lafaz jek,alhamdulilah :)

nebes tak..mesti dia nebes kan...

cube ditenteramkan oleh kawan-kawan

kawan kalo tak mengacau,tak sah kan..hehe

Mamat nih berdebor-debor tunggu pak imam..hehe :)

nih muka aku selepas nikah

Friday, October 31, 2008

:: dah kedut dah ::

heppy beday to me!! dah tua. ye ke..
alahh.. baru 26 tahun..
ohh...muda laghik tuh...
hahaha...
thanks to our opis mate yg buat suprise beday nih..terkejut masa cheff kt sebana dtg opis bawak cake.
dah agak dah cake tuh utk aku...
hahaha
heppy becoming beday gak utk jamal from sngapore yg kongsi cake sama2 ngan aku walopon beday dier esok :)
nyummy :)

* Dilarang memakan banyak nnt baju pngantin tamuat...duh bengang ah..haha

Thursday, October 30, 2008

:: hati aku nyaman ko apa pedulik ::

manusia dtg dan pegi silih berganti...

lepas nih lantaklah,aku dah tak peduli dgn ayat penyata ni. fullstop.

aku dah mcm buhsan sebab trlalu baik ngan kawan. biler baik, org pijak kepala. aduh, kenapalah aku kena mcm nih

..damn...

* buat teman itu,trimas atas segalanya*

Wednesday, October 22, 2008

:: saat-saat terakhir aku di kantor ::

aku tengok kalender dr malam td. risau. macm-macm pk dalam pale...lagik 8 hari jek aku nak kawen.. alamak,dah nak jadik bini orang lah aku..

cam mimpi jek.. cubit skit peha kanan..memang sakit..

sah.. tak lama laghie aku nak kawen..


skang nih hari-hari aku balik malam sebab tak nak pendingkan kerja atas meja..so nnt bile aku setat cuti tader lah assistant aku sawan back up keje-keje aku.. dgn kata lainnye aku tamoh ler laghik membebankan dier waktu aku tgh syok cuti.

dah dekat sminggu aku rasa aku overtime sowang kt opis. kalo tahu dek mat salih kt opis aku buek naya jek aku..biler dorg tanye aku balik kul bape,aku just cakap kul 8. padahal kul 10 lebih baru aku kuar opis..bukan apa. mat salih2 nih risau kalo kita ot sowang2 kt opis..lg2 kita pmpuan...dah malam..sowang2 lg plak dlm perjalanan drive balik umah dah ler banyak si babi hutan..so aku trpaksa tipu hari-hari cakap aku balik kul 8 sebab tamoh dorg bising..naseb bek opis aku nih tak main puncard..kalo tak mmg kantoi bodoh.

smalam aku bengang dgn si katak. aku dah lah tatahan nak berry----->berak. punyelah bergegas aku masuk bilik air nak buang..tup-tup aku trpandang katak yg beso tgh dok usha aku baek punye kt pintu..aku nak troskan tp aku takot tetibe dier lompat masuk dalam spender aku..dhlah besooo..kulit dier ayooo menggerutu..takot mak!! aku apalagik..sarung smula suar tros blah dgn muka yg ketat..

nek atas aku bising sowang-sowang..bengang sebab tadapat melepaskan hajat...tup-tup aku nampak makcik cleaner yg baik ngan aku..yeah..aku mengambil kesempatan pada bulan yg baik nih.. aku mntak tolong kak ani halaukan katak tuh kt bilik air yg aku biasa guna..kak ani gelak jek biler aku suh.. biler line clear dier cakap katak tuh dah tadop,aku pon dgn bangganye p turun bawah smula...berehhh..legaaa poyot dennn...

aku memang bermasalah sangat2 kalo masok toilet..lg-lg kalo toilet kt R&R highway kalo kita jalan jauh tuh..biler masuk jek mata aku akan otomatik pandang siling atas..bukan sebab nak usha ada hantu ke hape...tp aku dok usha cicak... kalo aku dah nampak ada cicak yg lebih dr 3 ekor,aku akn tros kuar toilet tanpa berpkir panjang dan waras laghik..aku mmg geli tahap cipannn...

kalo korg cuba nak bagik aku hadiah present cicak atau patung cicak ke..bek korg lupakan niat suci korang tuh sebabnye aku mgkin akan pengsan masa tuh jugak tanpa toleh kiri dan kanan. Masa aku form 2 kalo x silap aku..kt dalam makmal sains masa tuh...dek kerana seekor anak cicak yg berbadan kecil,malah aku 10 kali besar dr anak cicak tuh,oleh sebab aku dah trnampak dier smakin mghampiri aku..aku pon telah menjerit sambil tangan aku menolak kawan aku kt sebelah yg tgh syok dengo cikgu mengajar..apalagik..kawan aku jatuh kedebuk masa tuh jugok...

opssss....jadi...tolong jgn cuba-cuba..kejadian lama tak mungkin berulang kembali haha..

* minggu nih minggu last aku kt opis..malam nih aku nak balik awal..malam jumaat..bukan sebab malam pertamaaa daaa..tp sebab org cakap darah aku nih tgh darah manis..darah org dah nak kawen..so tak elok balik lewat2...hihih...

Tuesday, October 21, 2008

: : Walimatul Urus Buat teman-teman Blogger : :

Our wedding will be a fairy tale. A dream without end. Dreaming of what is yet to be is more fun when you're with me. Just Letting you know!!!

You're invited to attend our Wedding event :-

Shahril Yahya (Babat) & Nur Rafidah Sharif (Fidah)
On November 08, 2008 at 11:30 am - 05:00 pm Saturday,
Dewanraya Perjiranan 9,
Taman Air Biru, Pasir Gudang,
81700, Johor Darul Takzim


http://img.photobucket.com/albums/v200/xgrrlx/invitationcardoutside-2.jpg

http://img.photobucket.com/albums/v200/xgrrlx/invitationcardinside-2.jpg

http://img.photobucket.com/albums/v200/xgrrlx/map.jpg

We joyfully ask you to share in this celebration of life

+ Doakan KAMI kawan-kawan!! +

:: Heyp Sarah ::

pic 1 = dier sebok men jirus-jirus air kt bunga-bunga maklong lijah. mak long jerit dr dalam marah dier... dier masih buat tatahu... aku p0n tros marah dier...Heyp, Sarah!!!!

pic 2 = dier letak brg2 tuh..tros cekak pinggang buat muka kunun-kunun memberontak kt aku...dlm hati aku "ewah-ewah budak nih"

kesimpulannya = ohh,Sarah kamu sangat chumil dan menchuri hatiku

Wednesday, October 8, 2008

: : Smuga DIA tenang di Sana : :

05 Ramadhan yg lepas bapak tunangku telah kembali ke rahmatullah. tanpa sempat melihat kami nikah dan bersanding pada 07 dan 08 nov nih,bapak pergi jua. sayu hati melihat tunang meraung sambil berkata kenapa bapak tanak tunggu kami kahwin dahulu. ya allah tabahkan hati tunangku dan semoga roh bapa mertuaku di tempatkan ke dalam golongan orang-orang yg beriman dan bertakhwa. Al-fatihah buat allahyarham haji yahya bin haji sahibun yg kembali ke rahmatullah pada 05 october 2008 , amin

+ bapak,tgk lah nnt kami akad nikah,kami tahu bapak sentiasa berada di sisi kami +

Monday, September 15, 2008

: : Heppy Beday bObOt : :

Suprise untuk dier!!!
beday dier 11-09 yg lalu iaitu erti kata lain dier dah berumur 27 tahun. dah beso. mmg beso pon. hehe. tgk keadaan dier dan tgk keadaan aku yg banyak giler masalah dtg bertimpa,aku jadik smangat nak suprise kan dier utk beday dier. aku nak dier heppy. itu jek. walopon aku tahu dalam hati dier, dier pk kan bapak dier dan majlis kami 24 jam.

malam menjelang kul 12 cam biasa aku wish dier. guna sms jek. esok nye 11-09 tuh aku dan jue ke sebana cove hotel deal ngan org2 situ. jumpe cheff hamdan skali,dier suggest utk buatkan aku cake choc fudge yg dier cakap top ranking kt situ. so aku stuju jek tanpa banyak mengeluh. then aku pilih menu brbuka puasa utk ptg tuh. kebetulan menu utk buka puasa petg tuh dah ditetapkan,so bedal ajek lah. Nasi minyak,daging masak ros, sup kepala ikan,bubur lambuk, air soya campur jeli, kuih muih dan buah2an. aku booking meja mengadap betul2 tasik. dan meja yg aku booking tuh aku x bagik dorg letak ada meja lain..jahat x aku..haha.. aku nak meja aku sorg jek kt tgh2 tuh. pekerja2 situ cakap x kisah. dorg leh watkan. aku ajak jue dan bf dier didin join kitorg skali. meriah skit.

so petang g jumpe doktor amik ubat lg utk bapak. dlm kul 6.40 kami gerak ke Sebana. sampai sana bleh plak si jue ngan didin nih berchenta dok deting kt situ. kantoi plak ngan dier. dier tanye aku kenapa jue ngan didin leh ada sini. aku bg tahu kebetulan...dorg pon nak gak merasa deting kt sini..hehe..ayat cover baek punye..dier pon leh selamba jek cakap ngan didin supaya makan skali ngan dier..hehe..aku dah gelak dlm hati.

biler sampai kt tmpat makan,aku carik meja aku..nampak lah kt tgh2 alam meja aku sorang..wah lomantik nye..view mmg chun giler..mengadap tasik dier yg besar giler cam laut tuh..dgn kapal2 sultan johor..santek sangt..biler didin ngan jue duk semeja ngan kitorg,tunang aku muka cam kelat sebab dier pelik. meja tuh ada 4 org nye makan.aku sengih2 jek buat2 cam tak tahu. so kami pon bebuka sama2 menyentap hidangan waktu tuh..sedap giler nasi dier. licin aku makan.haha. dalam kul 8 cam tuh cheff lalu tepi aku kenyit2 mata. bagik signal dah bleh bawak cake blom. aku pon angguk dgn penuh kekontrolan..haha..

Cheff dtg dr blakang tunang aku bawak cake sambil nyanyikan heppy beday walopon suara dier x sedap mana lah haha..pekerja2 situ pon sama nyanyi jugok..aku jek x nyanyi pasal x minat..hahah..muke tunang aku dah merah masa tuh..kesian dier..heheh... masa potong cake dier bebel2 tanye aku benda nih aku plan ke ngan cheff dan semua kt situ...aku cakap ntah..tak tahu..aku jawb tuh jek..bingit jek dier..heheh.. masa makan cake tuh fuhh tabik spring utk cheff Hamdan Sebana atas cake yg dier buat khas utk tunang aku..mmg tip top dan sedap gilerrr... aku rasa secret recepi pon kalah...mmg melt dan moist gilerrrrrr tramat sangat...

nih lah pertama kali dalam idup aku,aku suprisekan beday dier kt hotel,biasa nye kt umah jek atau kedai makan biasa. apapon aku doakan smuga dier panjang umur dan dimurahkan rezeki. tabahkan hati selalu dgn dugaan-dugaan yg sedng kami sama2 hadapi. smuga allah swt akan mempermudahkan lagik urusan kita.amin :)

Thursday, August 28, 2008

: : Jasad - jasad mati dari ilusi itu : :

tghari td chatting ngan jas budak engineering. sebab malam nih malam jumaat. dan kebiasaannye kt sini malam jumaat akan ada bacaan yassin kt surau berdekatan ngan ofis kami. explen pada jas yang aku nak jemaah2 malam nih bacakan skali yassin utk bapa tunang aku juga tidak ketinggalan utk arwah abah aku. hati meronta-ronta nak join skali malam nih tp sayangnya aku tgh period pain. bagik Jas nama penuh bapak tunang dan nama penuh arwah abah dan selitkan sekali duit utk jamuan yassin malam nih ikhlas dr aku.
tak semestinya biler seseorang dah nazak baru kita nak baca yassin,aku tolak ayat penyata ini sama sekali. apapon mudah2an dgn berkat bacaan jemaah2 surau malam nih akan membawa seribu harapan agar bapa tunangku di panjngkan umur.kita di bawah nih hanyalah berusaha setakat yg mampu. selebihnya aku serahkan pada Allah swt.

: : Sifat kemanusiaan yang semakin menipis : :

Smalam 27hb Aug,bapak kena transfer ke Hospital Sultanah Aminah. Doktor kt spital Sultan Ismail cakap dorg tader cara lain utk solve benda nih. teruk giler alasan manusia yang bernama doktor. sampai cam tuh skali. main tolak-tolak jek kt tmpat lain.
lepas keje tros gerak balik ke jay bee.tros ke sultanah aminah tgk bapak.trok giler keadaan dalam bilik tuh.kesian bapak.bapak banyak bergerak smalam. kami sama2 berusaha untuk ubatkan bapak even doktor cakap ini adalah jalan yang terakhir. apapon kami redha kalo apa2 terjadi lepas nih at least kami tetap nak carik jalan lain utk pulihkan bapak.
peritnya aku rasa, tabahkan hati kamu yer

Wednesday, August 27, 2008

: : Ini sudut tentang duniaKu : :

Jumaat (22hb Aug 2008) + Hari nih aku start amik cuti.Pagi-pagi jaga bapak kt spital, bagi makan bubur,ubat,bapak still mcm tuh..dier banyak cakap,tp susah sangat kami nak mengerti stiap perkataan yg dier cuba cakap..tapi biler dier nampak wajah KAMI dengan nada yg tersekat-sekat,jelas sekali bapak sebut berkali-kali "Jemputan...Jemputan..." tunangku memegang dada bapak dan berkata "bapak,bapak kena kuat semangat ye kalo nak lihat KAMI kawin" bapak angguk lesu. aku genggam tangan bapak.
Petang dalam pukul 3.40 baru KAMI dapat gerak ke Pejabat Agama untk Interview Kahwin. lantak lah kalo pegawai tuh nak marah.lepas submit semua document,dan nama kami dipanggil,kami disoal satu persatu,alhamdulilah Lulus.Biler document di hantar ke kaunter sebelah bahagian permohonan untuk bernikah,borang kami di pulangkan semula dan tidak mahu diproses atas alasan aku tak lampirkan sekali Sijil Kematian Arwah abah aku. shit. tader tulis plak kt luar borang benda tuh kena ada. balik smula ke hospital dengan hampa.

Sabtu (23hb Aug 2008) + Pagi nih balik jap umah mak tunang kt skudai. mak demam.kesian tak makan lg.aku tros g dapur dan masak.masak lebih sebab leh bawak ke spital makan kt sana.
petang pegi smula ke hospital dan jaga bapak sampai esok pagi.pukul 3 pagi bapak meracau-racau.cakap yg bukan2..aku panggil nurse.kami pujuk bapak..alhamdulilah bapak tido dengan nyenyak.

Ahad (24hb Aug 2008) + pagi-pagi nih aku dah bagi bapak minum susu guna alat injection tuh,bagik makan ubat dan ubat. banyaknye ubat bapak.sian dia. tros tido sampai petang. aku sntiasa bukakkan bapak lagu-lagu berzanji yg bapak suka dengar..biler dier sedar aku tanye dier "bapak dengar tak lagu berzanji fida pasang nih?" dier angguk. "bapak kenal tak fida?" dia angguk. aku tarik nafas lega. petang nih ramai dtg melawat bapak.sedara-sedara tunang aku dr spore sampai,mama,adik dan abg aku pon sampai waktu tuh.ramai sangat.alhamdulilah. mudah2an berkat doa dorg,bapak tunang aku panjang umur,amin.
aku mntak tolong abg tunang aku dr KL suh jaga bapak kejap. sebab aku kena balik pgudang jap utk carik sijil kematian arwah abah aku. ermm ntahcemana sijil carik bagai nak giler tetap x jumpa. aku buat-buat kewl. mandi dan salam mama tros balik ke spital smula.

Isnin (25hb Aug 2008) + kebetulan ada anak buah tunang aku dalam form 1 yg tgh bercuti sebab patah tangan,so i've no choice...aku suh dier jaga bapak tunang aku iaitu merangkap atuk dier lah. sebab kami kene uruskan sijil mati abah aku. aku tader idea mana nak carik sijil tuh..biler refer pada kawan2 yg dah berumur,dorg suh pegi ke balai polis yg berdekatan dan tanye pendapat polis sebab biler berlaku kematian kita akan report di balai polis dulu.so yg berdekatan waktu tuh balai polis johor jaya. biler tanye pegawai tuh cakap aku kene pegi kt balai polis yg masa mula2 arwah abah aku meninggal..dan pihak polis akan printkan salinannye. kami pon tros ke balai polis pgudang..biler dah sampai tanye,pegawai bhg pgudang bleh cakap pihak polis tak boleh kuarkan salinan sijil kematian..kene pegi kat JPN JB,pegi JPN bawak Permit kubur,permit kubur nih dapat masa mula2 kuburkan si mati. ya allah, beratnya aku nak lalui semua nih.. aku x cakap trimaseh tros kuar dengan air mata dah meleleh2..tunang suh aku sabar banyak2... aku cakap "mesti orang lain tader susah nak kawin cam aku kan" sabar dan sabar... "kita settlekan sama2 ari nih"
biler tunang call org UMNO kt bhg pulai,org tuh cakap nak carik permit kubur tuh kene jumpe penggali kubur.so penggali kubur maybe ada salinannye.. ya allah,sekali lagi aku urut dada aku..aku tak larat..aku give up..aku cakap ngan tunang aku give up sangat2 utk semua nih..aku x mampu. tuhan maha mengasihani. abang sulung aku call.. suh pegi JPN masa tuh jugak sebab along dah call JPN dan JPN bleh kuarkan salinan tuh dgn bayaran RM5.
Patah smula ke JPN dan sampai dalam kul 1tghari.dah tutup. kami tunggu sampai kul 2ptg.amik nombor. menunggu nombor aku panggil dah bleh mati keras aku kt situ..kul 4 lebih baru sijil kematian abah berada dalam tangan aku. tp x sempat nak ke pejabat agama. dah tutup. terpaksa sambung cuti lagi. balik ke skudai jap tido ala kadar dan tros ke spital.

Selasa (26hb Aug 2008) + Ikutkan pagi nih nak ke pejabat agama tros,tapi tader org nak jaga bapak pagi nih,sementara tunggu abg tunang sampai dr skudai..kami bersihkan bapak pagi tuh..lapkan badan bapak..tukar baju bapak..tukar cadar bapak..bagi makan ubat dan bubur. tghari kami gerak ke pejabat agama biler abg aren dah sampai. sampai sana kami tros ke bahgian permohonan nikah submit tros,bila nama dipanggil alhamdulilah tiada masalah,surat kebenaran nikah tros dikuarkan utk bagi pada tok kadi. alhamdulilah. balik skudai tido jap. kemas2 barang dan bersiap utk pulang ke ramunia,sebelum tuh kami singgah jap kt spital utk salam dan cium bapak,sampai kt spital malam tuh bapak bercakap dgn nada perlahan,tp kami dapat dengar dgn jelas. bapak mntak ampun pada kami,mntak maaf pada semua anak-anak dier iaitu adik bradik tunang aku dan cakap dier dah nak mati. kami bg tahu dier ajal maut di tangan tuhan bapak! aku dpt lihat tunang aku tahan air mata,dier pegang tangan bapak mcm tanak lepas. aku tros nangis. aku amik tangan bapak salam,dan cium pipi dan dahi dier. dah lama rasa x salam dan cium tangan insan yg bergelah AYAH. ya allah,panjangkan lah umur bapa tunang ku.
kami tros pulang ke ramunia malam tuh sebab esok nak keje,aku tahu tunang aku berat sangat nak tinggalkan bapak dier masa tuh,tp aku bagi dier kata-kata semangat yg dier sepatotnye bersyukur sebab dapat spent time dengan bapak dier even bapak dier sakit cam tuh at least leh jaga..leh tgk muka bapak dier lama2..dan dah bleh get ready kalo jadik apa2 lepas nih.. drpd aku dulu arwah abah pegi cam tuh jek kt sebelah aku..kalo lah tahu yang dier duduk kt sebelah aku tuh adalah kali yg terakhir sudah tentu aku akan peluk dier masa tuh setiap saat. buat tunangku,tabahkan hati mu, saya sentiasa membantu kamu tanpa rasa perasaan jemu. apa yg berlaku pada hari ini dan semalam aku anggap dugaan dr Allah swt utk menguji setiap hambanya.


Monday, August 25, 2008

: : CUTI - CUTI : :

JUMAAT (22HB AUG) - SELASA (27HB AUG) = CUTI URUSAN PEJABAT AGAMA DAN JAGA BAPAK DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL

Wednesday, August 20, 2008

: : besarnye DUGAAN KAMI : :

ermm..dugaan datang silih berganti dalam idup kami..lagi perit biler hari bahagia yg kami nantikan tapi mcm-mcm hal berlaku..benda semua unexpected..kami tak minta dan kami tak duga..ermm :(

peritnya aku rasa idup sebagai anak perempuan yang tiada wali...yang tiada ayah..erti kata ayah dah kembali ke rahmatullah..7 tahun dulu benda2 cam nih tak terpk dalam kepala..biler dah nak kawin..baru rasa betapa susahnye semua nih..tp aku tak sekali-kali salahkan takdir..aku trima dengan hati yg terbuka.. biler dah tader wali, aku guna along aku sebagai wali aku iaitu saudara lelaki seibu dan sebapa,dan syarat lain nye WAJIB ada sijil nikah ibu dan ayah, tp ntah cemana sijil nikah mama aku tak tahu letak mana..yerlah org tua kan dah kawin berpuluh tahun nye citer..mana lah dier ingt kat mana simpan benda2 tuh semua..biler refer pada pejabat agama dorg suh aku kuarkan salinan sijil mama aku tuh kt mana tempat mama aku nikah..ohhh...aku kene ke melaka..mama aku nikah kt melaka..biler aku call melaka dorg cakap dorg akan cuba carik tp aku kena ke sana ngan mama dan nak tahu jawapan samaada jumpe ke tak 14 hari selepas date kita carik tuh...oh tuhann....sedangkan aku nak percepatkan benda2 nih..ermm

"jgn banyak mengeluh fida...sabar..sabar...ada hikmat benda2 nih semua" text dr kawan aku..ok..aku kuatkan hati aku..air mata dah meleleh..

tup-tup,malamnye dpt sms dr kakak tunang yg mengatakan bapa tunangku kritikal dan berada di emergency room hospital sultan ismail..ya allah..besarnya dugaanmu..tak daya rasa.. kami tros ke hospital malam tuh jugak..sampai sana kami tros menunggu bapak sampai kul 3 pagik..bapak tros di masukkan ke wad rawatan rapi.
seharian aku tak tido..balik kul 4 pagi..baring sebelah mak tunang aku..suh dier banyak2 sabar..kesian....kuatkan hati yer mak..insyaAllah bapak akan sembuh..

pagi kul 7 lebeh aku dan mak dah bersiap2 nak ke hospital..kali nih bilik bapak x mcm dulu..kalo dulu leh masuk ramai2..kali nih leh masuk dua org saja bergilir2..dan kene pakai sarung tutup mulut dan idung..tangan kene basuh dahulu sebelum masuk..aku tgk bapak dr luar..air mata laju mengalir...terbayangkan betapa kuatnya dier tanggung sakit kanser nih...
aku tak sanggup nak masuk..duduk kt sofa luar..terlelap jap...duduk hspital sampai petang..bapak masih mcm tuh..sedih bila nampak air mata bapak sentiasa mengalir..kenapa ye..mgkin bapak sedang sakit yg sangat2..mgkin dier sedih nampak kami ramai2 kt luar tgk dier..ntahlah..

aku tros balik sowang2 ke ramunia...tunangku cuti sampai ahad nih nak jaga bapak kt spital. petang nih lepas keje aku akan ke hspital lagik...aku nak singgah kota tinggi jap ptg nih amik balance door gift lagik 1000..sebenarnye aku cam tader mood nak troskan pasal kahwin nih..aku pk kan bapak dier..tp tunang suh kami sama2 kuatkan semngat dan troskan jugak..sebab bapak asyik bertanyakan pasal perkahwinan kami..dier nak sangat2 kami kawin secepat yg mungkin..esok jumaat aku cuti..alhamdulilah aku boleh pegi intebiu kt pejabat agama esok..mama baru msg bg tahu yg sijil nikah dah selamat jumpe..tak tido mama carik sorang2..alhamdulilah..trima kasih ma.. :)

ya allah,bagi lah peluang pada bapak melihat perkahwinan kami..panjangkan umur dier ya allah..sembuhkan penyakit dier ya allah..permudahkanlah urusan kami ya allah,sesungguhnya ko maha mengasihani lagi maha penyayang, amin

Thursday, August 14, 2008

: : hari-hari nampak rainb0w : :

sayep dapat l0llip0p dua. tapi sayang giler nak makan.. sengal kan?
yg kalerpull tuh tunang sayep bagik, yg kaler purple tuh adik sayep bagik, dua-dua saya sayang sangat nak makan.. adik saya lagik bengong,masa dier belikan utk sayep tuh,saya suka sampai horay-horay pastuh saya pon selamba cakap "eh,aku x makan tau lollipop ko bagik nih,aku letak kt tmpat pensel aku,sayanglah nak makan"
tetiba adik sayap kene sawan. "aku tak dulik,ko makan skang depan aku,aku nak tgk jugak ko makan depan aku,aku dah belikan, ko nak simpan plak" hahaha

saya pon cakap "argh pedulik hape aku,aku mmg nak kumpol banyak2"
adik saye tr0s muke masam mcm majok..haha..mama saya tros nyampok "biarkan dier dik,nnt bersemut lollip0p tuh biar masok dalam nini dier"
kahkahkahkah :) mama pandai seb0t nini siak hahahai

: : heyp..heyp..h00ray : :

mood kami dr bulan lepas dan bulan ini heppy dan kekdang tensen. eksaited eh.... iskk ye ke..hehe bulan lepas kami x bz sangat..sempat huhahuha ke PD..tp stat bulan nih kami dah tukar status kami kepda orang yang sangat-sangat bz. poyo jek kan..hahha

jangan x tahu,majlis perkahwinan kami ini cuma diuruskan oleh KAMI berdua sahaja. segala persiapan dan urusan dr katering,dewan,mak andam,doorgift,photographer, wedding card, hantaran, kompang lah,pe lagik ah,cake kawin,bunga telur,ntahapa2 lagik semuanye KAMI uruskan berdua,KAMI terkejar2 ke sana ke mari beli barang2 semua. kenapa eh?
sebabnye kami dah janji sama-sama yg KAMI tanak susahkan famili masing2. dorg semua dah berumur,kami tamoh dorg penat2 pk pasal menda alah nih..

kami yg muda nih sangatlah strong utk buat nih semua..chaiyok-chaiyok!! so kami cuma nak mereka duduk sahaja pada majlis KAMI nanti dan menyambut tetamu dengan satu senyuman yg KAMI takkan lupakan sampai bila2.itu JANJI kami :)

kalau lah ABAH sayep ada lagik,indahnya dunia :(

Friday, August 8, 2008

: : 08-08-08 kami BZ : :

oopss..nih bukan date kawen kami..hehe :) syok kan date nih..dulu plan nak kawen date nih tp ramai sangat kawan2 yg marah kalo kami nak kawin date nih..alasannye sebab ada beribu lemon org yg kawin date nih...so nnt dorg takleh nak dtg plak ke majlis kami..kehkeh..
pagi jumaat seawal paginya kami dah bangun..siap2 nak ke Pejabat Agama ler..sblom tuh kami p antaq mama p keje dulu..then baru gerak dalam kul 9 lebeh..on the way ke jay bee dr pgudang,bleh plak ada iklan bigbrekpes macdonald kt hotfm..alahai..tunang aku nih dahlah addicted bigbekpes nih..aishh..tokanan den...singgah jap kerrys (metrojaya) p bekpes mac'd..sampai pejabat agama tuh dalam kul 11..ramai giler org masa tuh..yg aku pelik ada ramai gak pmpuan pakai baju kelip-kelip bintang kt situ..mcm nak bernikah..ermmm...bleh nikah ke kt situ..aku pk sowang2 dalam hati...pahtu aku pandang baju kurung aku..aishh..takkan nak p beli borang nikah kene pakai baju kelip-kelip bintang plak erk..aishh konpius makcik..nak p tanye minah2 yg pakai baju kelip-kelip bintang tuh takot nnt dorg cakap aku kepoh kaknam doblas plak..so aku wat buduh sudahh...hahahakk

sampai kt kaunter..org tuh register nama kami,pasangan yg nak kawen2 lah..hehe..pas register dier terangkan skit..kami beli borang..dan copek2 turun sbb ramai pagi tuh..seblah2 kaunter aku tuh bhg utk Rujuk lah..Cerai lah..aishh ramai ke kt blakang aku tuh nak mntak rujuk atau cerai eh..??ermm aku tanye lg sowang2 dalam hati...heeeeee :)
lepas balik pejabat agama,p beli kain nikah..kaler silver kami pilih...alamak..aku trlupaaa daa nak beli sampin,tudung dan selendang..aishh nih lah dier kalo free hair..menda2 cam tuh pon leh trlupa..hehe.takkan nak nikah free hair plak kan..insyaAllah lepas nikah nnt mudah2an trbuka pntu hati aku nak pakai tudung,amin.. :)
then,petang p lepak ZZ jap layan mee rebus tulang..pastuh kami tros ke hspital sultan ismail melawat bapak tunang aku. ya,Allah ko sembuhkanlah penyakit bakal bapak mertuaku, mudah2an dipanjangkan umur dan sempat melihat majlis perkahwinan kami,sedih aku tgk keadaan bapak skang..lagik sedih biler asyik tanya kami cemana persiapan kawin kami..ermm...bapak tunang aku sakit Kanser Hati :( aku tahu mmg perit dan beban dier tanggung derita sakit dier tuh..kita yg muda nih pon kalo sakit2 biasa jek tak larat..inikan dier yg tua melawan sakit Kanser tuh..apapon aku doakan semoga bapak panjng umur dan dapat bersama2 kami nnt pada majlis kawin kami... buat tunangku,tabahkan hati kamu!! sayep sntiasa berada disisi kamu,kamu sntiasa di poket saye :)

Friday, August 1, 2008

: : keteku oh keteku : :

bulan lepas jek aku dah kehabisan lebih kuwang sribu...tukau tayar baru tros empat2..dan tukau sport rim tros masa tuh jugok..sbbnye rim aku dah bengkok..lahabau punyo jalan ke ramunia..tenson den..den dah cubo bawok hati2 tapi totap bengkok..jalan kt ramunia nih lobang2..den ngelak mano yg sompat ajo..
aishh...melayang duit den..pahtuh pasang spring kt kete den utk lowerd kan skit..(nih bukan idea den..nih idea tunang den..den layannnnn kan ajoo)