Tuesday, December 30, 2008

: : Pengharapan INDAH : :

ini adalah ENTRY aku yang terakhir atau penutup utk tahun 2008.

terima kasih pada sapa2 yg slalu singgah di sini, biarpun tidak memberikan comment tapi aku tetap menghargai penat lelah jari anda menekan alamat blog ini. pada sesiapa yg pernah berkomentar di setiap sudut entry aku, trimas aku ucapkan atas keikhlasan hati anda. tiada yg menarik pada entry-entry yg lepas pada tahun 2008 ini. hanyalah berkisar kehidupan seharian penulis, penat lelah penulis tentang cabaran dan dugaan yg dia lalui.

kebanyakannye lebih terjerumus kepada arah kesedihan pada tahun 2008. itu bukan yang penulis idamkan atau inginkan.

semuanya sudah tertulis dan diaturkan oleh DIA di atas sana. penulis cuma mampu menghadapinya dengan hati yg tabah. merungut?

Ada sesapa yang tidak pernah merungut mengenai hal kehidupan seharian anda? sila angkat kaki kanan anda,jika tidak boleh angkat, sila abaikan permintaan bodoh aku pada petang ini. haha.

Okay,aku yg bergelar manusia sangat2 mengharapkan smuga pada tahun 2009 nih akan membawa sinar yg baru buat aku dan juga hubby. tahun 2008 bulan Nov juga merupakan tahun dimana aku sudah tidak bergelar si anak dara lagi. ya, sudah berkahwin sama si dia.

alhamdulilah, itu perkataan pertama yang keluar dr mulut kami sewaktu lepas akad nikah. 8 tahun kami sama2 harungi susah dan senang. tak sangka jodoh kami begitu kuat sehingga tuhan bagik kami ruang dan peluang utk melalui dan merasai kehidupan sebagai suami isteri yg sah dan halal.

aku rasa bukan aku sahaja yang mengidamkan kehidupan bersama si dia sampai bila2,aku yakin bangat korang pon pernah impikan benda2 nih smua kan, so pada sesiapa yang masih belum kesampaian lagi, jangan patah semangat, rezeki kalian tuh ada cuma belum sampai masanya lagi,insyaAllah kalo berusaha pasti ada hasilnya :)

apa yang berlaku dan tertulis stiap perjalan pada tahun 2008 nih, samaada kegembiraan,kesedihan malah kedukaan semuanya aku jadikan satu landasan dan juga pengalaman sebagai panduan buat diri aku utk tahun yg akan datang pada hari esok ini. smuga tiada lagi kisah-kisah lama berulang kembali pada tahun 2009 ini.

tanggungjawab dan status label diri pada masa kini sudah pon hampir sebulan lebih berada di kedua-dua belah bahu kiri dan kanan aku. jangan mengeluh atau merasakan ianya sesuatu yang membebankan.

pengorbanan paling besar yg aku hadapi waktu dan ketika ini utk hubby aku apabila aku sanggup ulang alik setiap hari pegi dan balik dari Pasir gudang ke Teluk Ramunia. bayangkan jam 5 pagi kalian sedang asyik menyedut air liur,sedang asyik memeluk si dia atau bantal busuk tapi aku sudah bangun utk mandi dan bersiap2 utk ke tmpat keje yg jauhnya memakan masa 2 jam.

jam 6 pagi aku akan pastikan aku bergerak tros dr umah ke teluk ramunia. biasanya aku akan sampai di opis tepat jam 7.40 pagi. drive seorang diri tatkala awan masih lagi gelap amatlah mencabar kewibawaan aku. lebih-lebih lagi bile mata sekejap-sekejap layu dan terpejam.
lewat petang pukul 5 lepas abis keja aku tros drive smula pulang ke pasir gudang dan sampai dalam pukul 7lebih.

memeritkan bukan?perjalanan yang bukan seploh minit,juga bukan setengah jam.

tapi ini lah kenyataan. ini lah pengorbanan yg aku kene lakukan. cuba utk meluangkan masa bersama dia dengan menguruskan pakaian dan makanan dia. mungkin aku bukanlah sehebat isteri2 lain yang sudah menyediakan segala makan minum suami apabila suami sudah pulang di rumah. aku tak mampu lakukan sedemikian rupa buat masa ini.

kerja dan jarak menjadi penghalang buat masa ini. tapi kami terima dengan hati yang terbuka

jangan tanya lebih mendalam kenapa aku masih mahu bekerja jarak jauh sebegini. satu ayat pendek yang aku bleh cetuskan utk kalian ialah ~KEWANGAN~. yes, siapa yang tak nak grab peluang kerja yang gaji lumayan bukan?so ini rezeki yg aku dapat dr tahun lepas.

~opss, aku bukan mata duitan ~

tapi ini lah realiti yang kita semua sedia maklum semua yg kita lakukan sekarang melibatkan duit dan duit. utk membuang sisa buangan kalian pon di tempat awam memrlukan duit bukan? lain lah kalo anda berak di tepi longkang. itu sudah lain tajuk.

argh,jam menunjukkan pukul 5.35 petang, aku kene balik utk menemui si dia terchenta. ahai. hehe.. apapon selamat tahun baru buat semua pembaca di blog aku. smuga segala impian dan apa jua yg kalian idamkan akan tercapai dan diberkati oleh Allah swt.

mohon maaf atas segala ayat-ayat aku yg jelek pada entry-entry aku yg lalu.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
artfieda said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.