Tuesday, December 30, 2008

: : Pengharapan INDAH : :

ini adalah ENTRY aku yang terakhir atau penutup utk tahun 2008.

terima kasih pada sapa2 yg slalu singgah di sini, biarpun tidak memberikan comment tapi aku tetap menghargai penat lelah jari anda menekan alamat blog ini. pada sesiapa yg pernah berkomentar di setiap sudut entry aku, trimas aku ucapkan atas keikhlasan hati anda. tiada yg menarik pada entry-entry yg lepas pada tahun 2008 ini. hanyalah berkisar kehidupan seharian penulis, penat lelah penulis tentang cabaran dan dugaan yg dia lalui.

kebanyakannye lebih terjerumus kepada arah kesedihan pada tahun 2008. itu bukan yang penulis idamkan atau inginkan.

semuanya sudah tertulis dan diaturkan oleh DIA di atas sana. penulis cuma mampu menghadapinya dengan hati yg tabah. merungut?

Ada sesapa yang tidak pernah merungut mengenai hal kehidupan seharian anda? sila angkat kaki kanan anda,jika tidak boleh angkat, sila abaikan permintaan bodoh aku pada petang ini. haha.

Okay,aku yg bergelar manusia sangat2 mengharapkan smuga pada tahun 2009 nih akan membawa sinar yg baru buat aku dan juga hubby. tahun 2008 bulan Nov juga merupakan tahun dimana aku sudah tidak bergelar si anak dara lagi. ya, sudah berkahwin sama si dia.

alhamdulilah, itu perkataan pertama yang keluar dr mulut kami sewaktu lepas akad nikah. 8 tahun kami sama2 harungi susah dan senang. tak sangka jodoh kami begitu kuat sehingga tuhan bagik kami ruang dan peluang utk melalui dan merasai kehidupan sebagai suami isteri yg sah dan halal.

aku rasa bukan aku sahaja yang mengidamkan kehidupan bersama si dia sampai bila2,aku yakin bangat korang pon pernah impikan benda2 nih smua kan, so pada sesiapa yang masih belum kesampaian lagi, jangan patah semangat, rezeki kalian tuh ada cuma belum sampai masanya lagi,insyaAllah kalo berusaha pasti ada hasilnya :)

apa yang berlaku dan tertulis stiap perjalan pada tahun 2008 nih, samaada kegembiraan,kesedihan malah kedukaan semuanya aku jadikan satu landasan dan juga pengalaman sebagai panduan buat diri aku utk tahun yg akan datang pada hari esok ini. smuga tiada lagi kisah-kisah lama berulang kembali pada tahun 2009 ini.

tanggungjawab dan status label diri pada masa kini sudah pon hampir sebulan lebih berada di kedua-dua belah bahu kiri dan kanan aku. jangan mengeluh atau merasakan ianya sesuatu yang membebankan.

pengorbanan paling besar yg aku hadapi waktu dan ketika ini utk hubby aku apabila aku sanggup ulang alik setiap hari pegi dan balik dari Pasir gudang ke Teluk Ramunia. bayangkan jam 5 pagi kalian sedang asyik menyedut air liur,sedang asyik memeluk si dia atau bantal busuk tapi aku sudah bangun utk mandi dan bersiap2 utk ke tmpat keje yg jauhnya memakan masa 2 jam.

jam 6 pagi aku akan pastikan aku bergerak tros dr umah ke teluk ramunia. biasanya aku akan sampai di opis tepat jam 7.40 pagi. drive seorang diri tatkala awan masih lagi gelap amatlah mencabar kewibawaan aku. lebih-lebih lagi bile mata sekejap-sekejap layu dan terpejam.
lewat petang pukul 5 lepas abis keja aku tros drive smula pulang ke pasir gudang dan sampai dalam pukul 7lebih.

memeritkan bukan?perjalanan yang bukan seploh minit,juga bukan setengah jam.

tapi ini lah kenyataan. ini lah pengorbanan yg aku kene lakukan. cuba utk meluangkan masa bersama dia dengan menguruskan pakaian dan makanan dia. mungkin aku bukanlah sehebat isteri2 lain yang sudah menyediakan segala makan minum suami apabila suami sudah pulang di rumah. aku tak mampu lakukan sedemikian rupa buat masa ini.

kerja dan jarak menjadi penghalang buat masa ini. tapi kami terima dengan hati yang terbuka

jangan tanya lebih mendalam kenapa aku masih mahu bekerja jarak jauh sebegini. satu ayat pendek yang aku bleh cetuskan utk kalian ialah ~KEWANGAN~. yes, siapa yang tak nak grab peluang kerja yang gaji lumayan bukan?so ini rezeki yg aku dapat dr tahun lepas.

~opss, aku bukan mata duitan ~

tapi ini lah realiti yang kita semua sedia maklum semua yg kita lakukan sekarang melibatkan duit dan duit. utk membuang sisa buangan kalian pon di tempat awam memrlukan duit bukan? lain lah kalo anda berak di tepi longkang. itu sudah lain tajuk.

argh,jam menunjukkan pukul 5.35 petang, aku kene balik utk menemui si dia terchenta. ahai. hehe.. apapon selamat tahun baru buat semua pembaca di blog aku. smuga segala impian dan apa jua yg kalian idamkan akan tercapai dan diberkati oleh Allah swt.

mohon maaf atas segala ayat-ayat aku yg jelek pada entry-entry aku yg lalu.

: : Kisah minggu lalu : :

tiada yg menarik dapat aku kongsikan utk entry nih. yg pasti semuanya menceritakan mengenai kesakitan dan keperitan. adeh.

Entry lalu aku bg tahu yg telinga aku sakit yg amat. mcm2 tekaan bermain kt kepala. taik telinga keraslah, binatang masuk secara haram lah. semuanya salah sama skali. kalian dan aku tertipu dengan kesakitan aku tuh.

yang sebenar-benarnya dan kenyataan yg harus aku terima rupanya lepas scan kt middle ear aku iaitu di telinga bhg kiri aku ada ketumbuhan yg dah besarnye 35%. oh, sungguh kecewa dgn berita nih.

ketumbuhan nih makin besar. kesannye sebelah kepala kiri aku sakit bagai ditikam2 dengan pisau rambo. hari2 mata belah kiri aku akan meleleh2 air mata. ops,bukan nangis okay.

tapi otomatik air akan melimpah ruah kuar dr mata kiri aku. maybe tak tahan menanggung kesakitan yg amat dr telinga dan kepala bhg kiri. oh, sangat seram. hebatkan sakit nih?

ada hikmat semua nih. ayat utk sedapkan hati dan tabahkan aku. :)

hospital pakar amik jalan mudah dengan potong bhg tengkorak yg berhampiran ngan telinga kiri utk mengeluarkan ketumbuhan tuh, tapi confirmation dr doktor yg tumor tuh akan tumbuh lagi. kenyataan itu sangatlah mendukacitakan aku.

so keputusan nekad aku amik dengan berubat menggunakan ubat homeopathy iaitu salah satu kaedah tradisional. kalo zaman dulu2 yg kita pernah nampak ubat homeopathy nih ubat nye berbentuk bulat2,kecik mcm sagu tuh, atau lebeh kuwang mcm besar tahik lalat aku lah. tapi itu 20 tahun yg lalu.

zaman dah berubah skang, begitu juga dengan teknologi pada masa kini. so ubat homeopathy skang sudah bertukar kepada bentuk cecair. rasa mcm air mineral. kalo sapa2 yg 1st time minum pasti akan ragu2 dalam hati samaada berkesan ke ubat nih.

okay. sblom masuk hospital homeopathy nih aku bertanya pada anak doktor tuh yg merupakan assistant aku kt opis.

" laila, kenapa ye ramai orang tak percaya ubat homeopathy nih"?

then dier jawab " sebab ramai tak mencuba,thats why dorg tak percaya, yang percaya hanyalah orang yg dah ada pengalaman mencuba kaedah rawatan homeopathy nih"

erm,okay. aku tawakal dalam hati cakap aku nak baik seperti sediakala. so aku pon memasukkan diri ke dalam ward selama seminggu. selama seminggu di sana,apa yg aku alami alhamdulilah,benar2 mujarab dengan izin allah swt, baru dua hari masuk sana kepala aku dan telinga aku langsung tiada kesakitan,bisa dan keperitan yg sbelum nih aku lalui hari-hari tanpa mengenal erti minit dan jam.

aku agak pelik dan konpius gak masa tuh. tapi berkali2 mengucapkan syukur ke hadrat illahi dalam hati. ketumbuhan dalam telinga aku pon sedang dalam proses mengecut. buat masa nih sudah tinggal 25%. insyaAllah doktor cakap utk hilangkan tros kena 0%,baru ketumbuhan nih takkan tumbuh lagi sampai bila2.

utk pengetahun korang dan aku yg baru tahu, homeopathy nih kaedah rawatan nye adalah menghilangkan akar sesuatu penyakit tuh,then ubat yg dimasukkan tuh menguatkan antibodi dalam badan kita sekaligus menolak teros penyakit2 lain yg cuba utk masuk dalam badan kita. apabila akar sesuatu penyakit tuh hilang,ini bermakna penyakit yg anda alami tuh insyaAllah tak akan berulang kembali. dan rawatan ini jugak akan menghilangkan dahulu kesakitan yg dialami oleh setiap pesakit,selepas itu barulah rawatan secara dalaman akan bermula secara berperingkat.

ya,itulah yg aku alami di sini. kesakitan di kepala dan telinga hilang dengan otomatiknya selama tempoh 2-3 hari di hospital sehinggalah sekarang dengan izin allah swt. cuma skarang walaupon dah kuar dr hospital aku masih meneruskan kehidupan dengan hari2 ke klinik homeopathy utk ambik darah,scan dan beli ubat dr semasa ke semasa utk memastikan ketumbuhan ini akan beransur hilang, mudah2an.

so sapa2 yg begitu ragu2 akan kaedah rawatan tradisional nih,aku cadangkan agar korang buka skit minda korang tuh untuk pandang dengan lebih jauh ke hadapan. buangkan lah cara pemikiran dalam diri kita dengan beranggapan hospital swasta seperti pakar sahaja yg mampu mengubati setiap penyakit. apapon semuanya bergantung dengan keizinan dr Allah swt, DIA yg menentukan setiap titik perkara yg berlaku dalam diri kita. cuma kita je lah sebagai hambanya nak kena bersabar dan tabah dengan ujian yg mendatang.

Friday, December 19, 2008

: : hancurkan ia, aku penat : :

saya dalam kritikal situasi. <-----as per encik doktor said :(

doakan yg terbaik buat saya.

smuga panjang umur fhidah!!

selamat datang ubat, hospital dan encik doktor.

sesungguhnya, aku takut !!

Thursday, December 11, 2008

: : telinga aku masuk gajah,apa ko rasa : :

smalam aku MC hammer. shit. aku bangun seawal pukul 5 sebab aku tido pasir gudang,nak ke ramunia memakan masa dekat 2 jam. bangun-bangun jek telinga aku bisa x ingat. sakit bukan kepalang.

dier punye sakit sampai tgkap kt kepala aku. capai hp tros text kt melinda n laila bilang aku x dtg keje sbb nak g klinik.

lepas hubby g keje, aku ajak mama teman ke klinik penawar. ikutkan aku mmg tak suka nak g klinik2 nih. cam leceh jek kan. tapi sebab aku tak tahan sangat2. dier punye denyut tuh bleh buat aku nak penampar sapa2 yg tegur aku masa tuh kecuali mama aku lahh.. hehe

masa tgh drive ke klinik mcm2 dalam pale aku...

"aish,aku nak pekak sebelah ke"

"lipas masuk dalam telinga aku ke"

sampai klinik,lepak jap lepas daftar. biler nama panggil aku cepat2 masuk. doktor muda lah plak. cantik. dier check sambil masukkan sesuatu dalam telinga aku. mcm bentuk pensel tapi ada lampu suluh aku rasa. kalo tak celah mana dier nak nampak kan. suluh punye suluh dier cakap ada sumthing yg blocking kt telinga aku sampai dier tak nampak gegendang telinga aku. siot ah!

doktor cakap maybe binatang masuk atau tahik telinga mengeras.

adeh, aku merungut jek. tahik telinga keras dier cakap? cheit, mcm aku tapenah korek telinga plak kan. padahal dier tak tahu ke aku adalah manusia yg tak reti duduk diam kalo tak jumpe pengorek telinga.

lepas amik ubat smua aku anto mama g opis dier then aku msg hubby ajak dier kuar lunch. masa tunggu hubby kt depan mmhe tuh, aku makan ler ubat biji dulu. konon2 nak bagik tahan sakit. nak letak ubat titik yg doktor suh titik dalam telinga amat tak sesuai plak nak buat dalam kete..nnt kt umah baru buat argh. hubby gelak jek biler aku citer doktor cakap tahik telinga keras.

dier cakap "awak tapenah korek telinga ke"

alamak, dier nih ngan doktor betul2 menguji kesabaran aku lahhh..

lepas anto hubby ke tmpat keje dier,aku tros ke pasar. ntah apa punye degil bulih lagik nak memasak. padahal terngiang2 kt pale yg mama cakap lepas anto dier tros balik umah makan ubat tido,nnt mama masak. aish..

mmg degil kan anak kedua nih. haha

petang kul 5 hubby balik dgn along ngan adik aku. aku bg tahu dorg yg aku rasa tak dengar sebelah telinga aku nih. aku rasa mcm kt dalam gua biler dorg cakap ngan aku.

tapi yg mmbuatkan aku tertekan bila along cakap "best lah lepas nih ko dah leh parking kt tmpat org cacat kalo p Tesco dgn Jusco"

hubby pon dua kali lima. tader langsung rasa simpati kt aku. siap tambah ayat along aku " lepas nih dah bleh panggil awak OKU kan"

adik aku plak nasi tambah " aku simpati dgn nasib ko yg pekak sebelah telinga"

warghh,sadisnya aku rasa. sah lah dorg nih tader blajar ADAB masa kt skolah agama dulu. men cakap jek tanpa memikirkan perasaan aku. haha. huh~

pagi nih aku nekad jek pegi keje. mama asyik cakap risau sebab aku drive dgn keadaan telinga dan kepala yg bisa giler. aku buat2 kewl jek pagi td kunun2 mcm kuat lah. haha

hubby plak masa anto kt kete beria2 suh aku MC lagik. aish, dier nih suka buat aku bertanduk lagik. haha.

wargh, masa type nih pon telinga aku denyut2 lagik. kepala lagik lah tak hingat bisa. apapon aku nak makan karipap dulu. sakit2 jugak. makan2 jugak. haha.

Monday, December 8, 2008

: : tangan mula bermain senduk : :

sronok biler sabtu minggu kedua dan keempat datang. mcm makcik menang motor plak rasa gembira di hati.
cuma waktu cuti nih lah aku ambil peluang utk luangkan masa bersama hubby. mmg betul2 rindu ngan dier. biler bangun pagi sabtu tuh rasa cam malas giler nak bangun. macam nak baring ngan hubby sampai petng..tapi tanggungjawab perlu diteruskan. kalo tak, aku akan digelar pmpuan pemalas, bontot berat, keje nak membuta jek, hai dah gatal sgt nak berlaki biler dah berlaki pemalas plak.

huh!~

utk tidak di gelar gelaran2 manja seperti yg tersenarai itu,aku memulakan langkah bangun seawal pagi utk membuat sarapan. tiada yg lebih istimewa dr membuat cucur udang utk suami terchenta, che wah.. hahah
dier duk syok tido dalam bilik,aku pon duk syok menggoreng cucur udang. sambil goreng sambil ngap.

memang asyik bukan?!~ haha

lepas hubby bekpes,dier tros ke pelangi utk medical check up smua. kelakar biler hubby cakap nih lah kali pertama dier buat medical checkup. dier tapenah amik darah. dier tapenah x-ray smua. dier dok risau kalo ada mcm2 penyakit.

aku mencebik. dalam hati berkata,sapa suh berasap jek cam naga.

lepas kemas umah mertua, aku memulakan langkah lagi sekali utk masak tghri. nasib bek ada lauk dalam peti ais. aku basuh dan rebus daging tetel selama 3 jam. oh,daging tetel sangat bukan feveret aku,sebab aku agak geli geleman dgn daging nye yg sungguh lembik2 itu. oleh kerana daging tetel merupakan feveret hubby, aku berkorban jua masak even tak suka.

aku rendam 3 jam sebab aku nak daging dier btul2 lembut. dan tidak menyusahkan sapa2 utk mengunyahnye terutama skali golongan veteran iaitu mak mertua. hehe

hubby msg suh siap2 nak makan kat restoran pak ali,tmn U. alamak, mcm aku tak reti masak plak, ahaiiii....aku reply cakap tgh rebus daging tetel. nak masak daging tetel letak telur rebus masak kurma. tros dier tajadik ajak makan luar.

settle masak smua,kami makan bersama2. hubby duk cakap sedap berulang kali,alamak dier nih tak sedar ke yg idung ngan buntut aku dah kembang kuncup.

hahaha

aku pon tak tau lah sedap ke tak. masa aku jamah mcm sedap. ntahlah. kot2 hubby saja nak jaga hati aku ke..hehe.. tapi mmg satu kepuasan sangat2 bile dapat masakkan sesuatu utk hubby,dan makan bersama2. tak kira lah sedap ke tak,janji sejauh mana jarak kami,aku tetap carik masa utk jalankan t.jawab aku sbg isteri. smuga benda nih berterusan sampai biler2.. bukan semangat yer-yer kelapa baru-baru kawen je...

cheit poraah.. jgn beria yer pidahh oiii...

~rinddunye saya pada awak,sminggu skali baru dapat jumpe,baru dapat ehem ehem kan hahaha, eh all the best yer utk awak yg baru stat keje baru kt MMHE Sdn Bhd hari nih, smuga murah rezeki awak dan saya,amin ~

nih lah daging tetel telur rebus masak kurma